Koperasi Usahanita Kempas Sungai Petani Berhad
Koperasi ini baru ditubuhkan pada tahun 2013, yang telah dilhamkan oleh wanita-wanita di dalam kawasan Taman Kempas sendiri. Produk utama adalah membuat Biskut Raya. Di samping itu kami juga membekal dan mengedar asam jawa, asam gelugor, bubur chacha dan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana. Sehubungan dengan itu kami juga membekal pelbagai jenis kerepek dan rempeyek kepada pelanggan.